WELCOME

Kamis, Maret 01, 2012

Nama Allah

Nama ALLAH memang hangat sekali diperbincangkan sejak awal tahun. Spekulasi, kontroversi, sentimen, prejudis dan bau-bau perkauman amat terasa apabila negara seolah-olah mengalami huru-hara kecil kerana keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan kalimah (perkataan) ALLAH digunakan oleh majalah Herald-The Catholic Weekly.

Ada orang bertanya, "Apa pandangan kakchik terhadap kes-kes tunjuk perasaan, bakar-membakar yang berlaku?"
Kakchik ingin menjawab begini:
  1. Bagi kakchik, kalimah Allah adalah satu kalimah Suci yang kakchik yakin digunakan oleh orang ISLAM untuk merujuk kepada Tuhan yang satu, Tuhan yang disembah dan diyakini oleh setiap orang Islam. Kalimah ini amat Suci kerana ia khusus untuk Tuhan Yang Maha Pencipta, tidak boleh sama sekali disamakan dengan Tuhan-tuhan agama lain.
  2. Kakchik tahu orang Kristian juga ada menulis Allah di dalam Bible mereka kerana kakchik pernah membuka dan membaca Bible serba sedikit. Bagi kakchik itu tiada masalah selagi mana kalimah Allah itu tidak digunakan dalam sebaran AM seperti akhbar atau majalah berbahasa Melayu yang rata-rata boleh dibaca oleh orang-orang Melayu beragama Islam.
  3. Di negara lain mungkin tidak menjadi hal tapi di Malaysia, umum memahami Allah ialah Tuhan kepada orang Islam dan selama ini agama lain merujuk Tuhan masing-masing dengan panggilan (God) ataupun Tuhan. Dan bagi orang Islam perkataan Allah tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya oleh pihak agama lain. (Ini pandangan peribadi kakchik ya berdasarkan pemerhatian kasar dan pengalaman hidup di Malaysia selama ini.)
  4. Dalam Al-qur'an ada satu Surah bernama Al-Kafirun (THE DISBELIEVERS). Di bawah ialah terjemahan maksud ayat-ayat di dalam surah tersebut. Kakchik salin dari The Holy Qur'an, Text And Translation terbitan Yayasan Restu. 
 In the Name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful.
1. Say, "O disbelievers!
2. I worship not that you worship,
3. Nor do you worship that which I worship.
4. Nor will I worship that which you worship,
5. Nor do you worship that which I worship.
6. For you is your religion, and for me is my religion."
Hormatilah Agama Masing-Masing Barulah Kita Dapat Hidup Dengan Aman.

Selagi kita menghormati agama kita sendiri dan juga agama orang lain, Insyaallah kehidupan bermasyarakat di Negara kita ini tidak akan terancam.
Amin...

0 comments:

Posting Komentar